Entertainment

Yoo Joo-eun Tulis Surat Terakhir Sebelum Ditemui Mati, Anggap Kerjaya Lakonan Satu Sumpahan


Pelakon yang dikenali melalui drama Joseon Survival Period, Yoo Joo-eun, 27 tahun, ditemukan meninggal dunia, dipercayai telah mengambil nyawa sendiri.

‘Ianya satu sumpahan’

Berita pemergian aktres tersebut disahkan oleh abang pelakon itu melalui satu hantaran di laman Instagram, hari ini.

Pada 29 Ogos 2022, Joo Eun telah pergi untuk ke tempat yang lebih baik. Kepada mereka yang mempunyai masa, tolong doakan dia. Demi permintaan akhirnya, saya ingin kongsikan hantaran ini.

Abang kepada aktres itu kemudian berkongsikan isi kepada surat terakhir yang ditinggalkan Joo Eun, menulis tentang rasa cintanya kepada bidang lakonan.

Namun, mendiang mengaku tidak lagi berupaya melakukannya apabila hanya memberi fokus kepada kerjaya.

Hati saya menjerit bahawa saya tidak mahu hidup lagi. Hidup tanpa saya mungkin kosong tetapi tolonglah teruskan kehidupan dengan berani. Saya akan memerhatikan setiap perkara. Janganlah menangis.

Saya tidak lagi sedih sekarang ini. Saya berasa aman dan tenteram. Ini mungkin kerana saya telah memikirkannya (bunuh diri) untuk tempoh yang lama.

Saya hidup dengan gembira yang mana ini lebih daripada apa yang selayaknya untuk diri saya. Kerana itu, cukuplah bagi saya.

Justeru, tolonglah teruskan kehidupan ini tanpa menyalahkan sesiapa.

Saya tidak mahu melakukan perkara lain (selain lakonan). Mempunyai perkara yang anda impikan adalah satu rahmat, bagaimanapun mahu melakukan hanya satu perkara juga adalah satu sumpahan.

Dilaporkan upacara pengebumian mendiang akan dianjurkan, Rabu ini.

Sumber: soompi



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.