Entertainment

Wanita ‘Tolong’ Kanak-Kanak Kencing Dalam Botol Di Medan Selera, Netizen Kata Ia Tidak Gugat Seleranya


Seorang wanita di Singapura menjadi tular di media sosial apabila dia membantu seorang budak lelaki untuk membuang air kecil ke dalam botol di medan selera Plaza Tiong Bahru.

Kencing dalam botol di medan selera

Menerusi laporan Mothership, gambar-gambar wanita tersebut dimuat naik di komuniti ‘Complaint Singapore’ di Facebook itu telah mendapat perhatian daripada netizen.

Di dalam gambar berkenaan kelihatan budak lelaki tersebut sedang berdiri di atas kerusi lalu membuang air kecil ke dalam botol. Lebih mengejutkan lagi apabila kanak-kanak terbabit melakukan perkara itu bersebelahan dengan semangkuk ais kacang yang terletak di atas meja.

Namun begitu, perbuatan mereka seperti tidak disedari oleh orang-orang yang berada di medan selera itu. Difahamkan tandas yang disediakan sebenarnya tidak begitu jauh dan hanya memakan masa seminit sahaja daripada tempat mereka duduk.

‘Tolong faham kanak-kanak itu terdesak’

Sekadar gambar hiasan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen di Singapura meluahkan reaksi yang berbeza terhadap kejadian yang berlaku. Malah ada juga di antara mereka yang mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi masalah kerana kanak-kanak itu berada dalam keadaan terpaksa.

Tolong lah, kadang-kadang di medan selera memang susah untuk mendapatkan tempat duduk dan kalau mereka pergi ke tandas, risau ais kacang mereka dikemaskan oleh pekerja di sana.

Mungkin kalau mereka kembali, tempat duduk mereka dah tiada. Tolong faham situasi kecemasan kanak-kanak itu.

Dalam pada itu, ada juga warganet berpendapat bahawa kejadian seperti itu tidak menggugat seleranya. Namun jika ia adalah najis, dia akan beredar daripada tempat itu.

Sumber : Mothership



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.