Entertainment

Wan Khair Amir Nama Anak Mira Filzah


Genap tujuh hari melahirkan anak sulung, pelakon Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar berkongsikan nama anak lelaki mereka.

Memuat naik satu entri di Instagram, pasangan itu berkongsikan nama anak mereka iaitu Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.

BACA: Netizen Harap Mira Filzah Tak Tampal ‘Sticker’ Pada Wajah Anak

Menerusi posting itu juga, Mira dan suami turut memuat naik gambar bersama anak mereka dari pandangan sisi serta akaun Instagram Wan Khair Amir. Turut dikongsikan juga maksud indah disebalik nama anak mereka itu.

Mira dan suami juga turut meluahkan rasa syukur apabila sudah pun selesai menjalankan ibadah tahnih dan bercukur untuk anak mereka.

“Alhamdulillah, ibadah tahnik dan bercukur juga selamat dilaksanakan. Moga sunnah Rasulullah SAW terus hidup dan mekar dalam setiap langkah kehidupanmu wahai putera kami,” tulisnya.

Terdahulu, Mira selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 10 Mei lalu.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.