Entertainment

[video]“Pening kepala Haji Nabil layan kak Lina.”- Gelagat Elly Mazlin menari semasa Peserta GV buat persembahan buatkan ramai terhibur


Jika sebelum ini pengacara Gegar Vaganza adalah Nabil Ahmad dan Jihan Muse.Kini ianya telah ditukarkan kepada Nabil Ahmad dan Elly Mazlin.

Elly Mazlin sebelum ini semakin aktif menceburi bidang pengacaraan. Selain program Gegar Vaganza ini. Beliau juga menjadi pengacara bersama bagi program Muzikal Lawak Superstar bersama Sharnaz Ahmad.

Ramai yang menyifatkan, jika sebelum ini Jihan Muse yang pening layan karenah Nabil Ahmad. Kini giliran Nabil pula kena layan perangai ‘gila-gila’ dari Elly Mazlin ataupun lebih mesra disapa sebagai Kak Lina Pompom.

Dalam satu video, ketika Roy Kapilla membuat persembahan, kelihatan Elly Mazlin layan menari sehinggalah ditegur oleh Tok Ram di bahagian bawah pentas, barulah beliau diam. Ianya dirasakan amat mencuti hati sebilangan penonton yang menonton rancangan tersebut.

Nampaknya,bolehlah Elly Mazlin terus menjadi pengacara bersama program besar seperti Gegar Vaganza ini.Ini kerana dia diterima dengan hati terbuka oleh peminat program ini.

Bagi yang ingin menonton Gegar Vaganza 2022, bolehlah menonton secara live di Astro Ria setiap hari Ahad pukul 9 malam.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.