Entertainment

(VIDEO) “Menari Pasang Lagu Kuat” – Jiran Buat ‘Report’ Polis Sebab Bising, Rupanya Rumah Tak Berpenghuni


Tular di aplikasi TikTok, video perkongsian oleh seorang pengguna dikenali sebagai Fandy Fiera yang menceritakan kisah seram di sebuah kawasan kejiranan telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, dilihat perkara itu juga melibatkan salah seorang anggota polis yang menceritak perkara dihadapi semasa dia dan rakannya sedang bertugas.

Difahamkan, anggota polis telah menerima aduan daripada seorang pengadu di kawasan kejiranan rumah itu yang mendakwa jirannya selalu memasang muzik dengan kuat sambil menari-nari pada waktu malam.

bilik

Based on true story.. Kita share kisah seram time penugasan..

Namun, apa yang lebih mengejutkan apabila setiap kali polis datang untuk memeriksa, rumah itu dilihat gelap dan tiada muzik yang dipasang.

Tidak berpuas hati, pengadu tersebut bertindak merakam video dan menghantarnya kepada pihak polis sebagai bukti yang menampakkan ‘sosok’ seseorang yang sedang menari-nari di dalam rumah itu.

@bigredmachine3196

Based on true story..Kita share kisah seram time penugasan.. #pdrm #misteri #ipdpetalingjaya #fyp #fyp??viral

? original sound – Papa Fen ? – FandyFiera

Anggota polis kemudiannya memanggil tuan rumah untuk bertanyakan siapakah yang berada dibilik itu. Lebih menyeramkan apabila tuan rumah terbabit menyatakan bahawa bilik itu tidak berpenghuni dan berkunci.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi dan turut berasa seram dengan kejadian yang dilalui pihak polis tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

axia


12 jam lalu

(VIDEO) “Lane Kanan Tapi Slow” – Buat ‘Pekak Telinga’, Pemandu Axia Tak Hirau Kena Hon Banyak Kali





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.