Entertainment

‘Ungkapan Wartawan Cilik Memesongkan, Merendahkan & Memperlekehkan Profesion Kewartawanan’ – Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican


Kini Trending

Foto: Harakah Daily

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak 12 tahun yang digelar sebagai ‘wartawan cilik’ telah mencuri tumpuan ramai kerana kepetahannya yang membuat laporan langsung tanpa skrip selain diselang seli dengan loghat Kedah. Tak dinafikan, bakat yang ada pada adik Muhammad Haziq Mohd Asyraf mencetuskan fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia.

Foto: Utusan Malaysia

Namun, seorang tokoh akademik negara yang juga merupakan Pensyarah Sejarah Sosial dan Intelektual, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) iaitu Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican berpendapat bahawa gelaran ‘wartawan cilik’ tidak tepat digunakan bagi merujuk kepada kanak-kanak tersebut.

Hal ini kerana beliau mendakwa ianya seperti memesongkan, merendahkan dan memperlekehkan profesion kewartawanan itu sendiri.

Penggunaan ungkapan ‘wartawan cilik’ bagi tajuk berita dan cerita seperti ini (dan Telah berkali-kali digunakan) amat tidak tepat lalu memesongkan, merendahkan dan memperlekehkan profesion kewartawanan itu sendiri.

Dakwanya lagi, meskipun penggunaan gelaran itu mungkin agak bersahaja namun ia tidak sepatutnya dipandang ringan.

Yang dilakukan oleh budak tersebut ialah melaporkan sesuatu kejadian dengan meniru apa yang dilihatnya. Apa yang dilihatnya dari tugasan melaporkan berita di televisyen bukanlah dapat dipaparkan menggunakan istilah ‘kewartawanan.’

Foto: Bernama

Bukan itu sahaja, menurut beliau lagi apa yang dilakukan kanak-kanak itu adalah proses melaporkan berita atau pemberitaan yang merupakan satu fungsi dalam profession kewartawanan. Jelasnya lagi, petugas itu hanyalah memenuhi fungsi sebagai pemberita.

Tugas dan fungsi editor dalam menulis lidah pengarang, komentar, pendapat, esei, penulisan rencana, pengurusan berita, penulisan kolum.

Pemberita, penerbit, editor berita, editor halaman lidah pengarang, Ketua editor, editor sukan, editor ekonomi, editor jenayah, editor sains, semua itu jawatan dalam organisasi media. Semua itu merupakan ahli kepada profession kewartawanan, dan semua digelar wartawan.

Tidak terhenti di situ, beliau turut berpendapat tidak semua orang boleh menjadi wartawan kerana ianya adalah satu profesion dan institusi yang mempunyai nilai serta ideologinya sendiri.

Mereka yang melakarkan tajuk berita dalam hal ini harus/mesti/patut membezakan antara fungsi/jawatan/profesion. Golongan wartawan mesti meningkatkan kefahaman mereka mengenai bidang mereka sendiri.

Sumber: Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican



The following two tabs change content below.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.