Entertainment

‘Tenggelam’ Dalam Industri, Amira Othman Rancang Kontroversi Untuk Lebih Dikenali


Menyedari namanya kini agak ‘tenggelam’ dalam industri seni tanah air, penyanyi Amira Othman akui terfikir untuk melakukan kontroversi ‘manja’ agar dirinya lebih dikenali dan diingati.

Sedang fikirkan idea kontroversi

Foto: Instagram Amira Othman

Memetik laporan Kosmo!, penyanyi dengan nama lengkap Nadia Amira Othman itu tidak menolak bahawa kontroversi mampu menaikkan nama seseorang artis dan menjadikan mereka lebih dikenali peminat untuk terus kekal relevan dalam industri. Namun, masih tidak mempunyai idea untuk mencetuskan kontroversi diri sendiri.

Saya tidak menolak kontroversi boleh menaikkan nama seseorang selebriti. Perkara tersebut memang benar. Saya rasa mungkin saya juga perlu cipta satu kontroversi untuk menaikkan nama sendiri.

Masalahnya sekarang saya tidak tahu dan tidak ada idea untuk cipta kontroversi apa. Saya sedang memikirkannya juga.

Cuma sekarang saya hanya mengharapkan karya-karya saya dapat menempatkan semula nama dalam industri sekali gus membuatkan orang kenal siapa Amira Othman.

Gimik tidak boleh bercanggah dengan imej

Foto: Instagram Amira Othman

Penyanyi berusia 29 tahun itu turut berkata, dia banyak kali disarankan untuk mencipta gimik untuk lebih dikenali, namun sedar perkara itu tidak mudah untuk dilakukan. Dia perlu memikirkan banyak sebab dan akibat jika gimik atau kontroversi yang dilakukannya nanti tidak menjadi dan akhirnya memakan diri.

Ramai juga yang mencadangkan supaya saya buat gimik. Tapi saya fikir perkara itu tidak mudah. Saya menjadi jurucakap kepada banyak produk dan perlu memikirkan nama baik juga.

Sebenarnya saya okay kalau kontroversi atau gimik itu tidak bercanggah dengan imej saya. Cuma saya tidak ada idea buat masa ini. Mungkin netizen boleh beri cadangan kepada saya?

Pada masa sama, Amira tetap memilih jalan selamat untuk mengelak terpalit dengan cerita-cerita tidak enak sehingga boleh mencalarkan nama baiknya dan keluarga.

Sumber: Kosmo!



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.