Entertainment

‘Tayang’ Hadiah Kurniaan Istana Di TikTok, Tuanku Permaisuri Johor ‘Buru’ Pemilik Akaun


Menerusi sebuah hantaran Facebook rasmi The Royal Johor, Tuanku Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah telah bertitah mengenai satu akaun TikTok bernama @shafeqyahya yang  telah menyalahguna kurniaan daripada Istana Johor.

Baginda bertitah dan memaklumkan tidak mengenali pemilik akaun TikTok berkenaan.

Dalam video tersebut, individu itu telah ‘menayang’ beberapa gambar hadiah kurniaan Istana Bukit Serene menerusi aplikasi media sosial popular itu.

Saya tidak mengenali siapa ‘Shafeqyahya’ ini dan saya mengesyaki hadiah-hadiah itu disalah gunakan untuk meraih ikutan dan populariti di media sosial, seolah-olah mempunyai hubungan rapat dengan Keluarga DiRaja Johor.

Titah baginda lagi, satu laporan polis akan dibuat untuk menyiasat sama ada wujudnya elemen salah guna atau menyamar sebagai pegawai kerajaan Johor.

TMJ tuntut keadilan Bella


3 hari lalu

“Saya Akan Menawarkan Khidmat Peguam Secara Percuma” – Mahukan Keadilan, Giliran TMJ Bersuara





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.