Entertainment

Tarikh Pembayaran Kenaikan Gaji Tambahan RM100 Buat Penjawat Awam


Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) antara yang diumumkan oleh Perdana Menteri hari ini. Kenaikan tambahan ini adalah sebanyak RM100 mulai Januari 2023.

Seramai 1.28 juta penjawat awam akan menerima kenaikan ini. Yang mana jumlah sebanyak RM1.5 bilion.

“Sebagai contoh, sebelum ini kadar KGT bagi gred 11 adalah RM80, maka pada 2023, beliau akan menerima kadar KGT asas sebanyak RM80 dan tambahan khas sebanyak RM100 menjadikan jumlah KGT diterima pada 2023 adalah sebanyak RM180,” – Ucapan Perdana Menteri Ismail Sabri.

Yang turut berada dalam majlis berkenaan adalah, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat serta Menteri Kabinet.

Pengumuman Perdana Menteri itu adalah antara enam inisiatif yang dimaklumkan pagi ini. Pengumuman tersebut mendapat tepukan gemuruh kira-kira 8,000 penjawat awam yang hadir sekali pada majlis pagi ini.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.