Entertainment

“Tak Wajar Kita Terus Menjenayahkan Kanabis”


Umum mengetahui, penyanyi Yasin Sulaiman kini ditempatkan di Penjara Sungai Buloh atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya 24 Mac lalu.

Terbaru, Yasin memberitahu dirinya berada dalam keadaan sihat serta mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya.

BACA: ‘Bebaskan Aku’, Yasin Sulaiman Tulis Lagu Di Penjara Sungai Buloh

Ditemui media sebaik sahaja keluar daripada Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini, Yasin sempat mengatakan adalah penggunaan kanabis tidak wajar dilihat sebagai satu jenayah di negara ini.

Dalam pada itu, penyanyi nasyid itu juga berharap kerajaan dapat mengeluarkan kanabis daripada senarai narkotik sebagaimana yang dilakukan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Harap kerajaan Malaysia akan keluarkan kanabis daripada senarai narkotik sebagaimana yang dilakukan oleh WHO.

“Saya rasa tak wajar kita terus menjenayahkan kanabis kerana kanabis adalah untuk tujuan rawatan dan perubatan, bukan dadah senata-mata,” katanya.

Berkongsi lanjut, peguam yang mewakili Yasin iaitu Mohd Yusmadi Mohd Yusuff berkata anak guamnya hanya mendapat rawatan biasa sahaja serta telah pun membuat permohonan agar Yasin dirujuk kepada pakar.

“Saya bercakap dengan Yassin, dia memberitahu dia hanya mendapat rawatan biasa dan kami meminta satu rawatan pakar. Dalam permohonan tersebut kami merujuk kepada HUKM.

“Apa yang dihidapi oleh Yasin ini bukanlah sakit biasa. Dan saya rasa sangat wajar perubatan yang sebaiknya diberikan,” katanya.

Terdahulu, keluarga Yasin memaklumkan pihak mereka dan peguam sedang mencuba untuk mendapatkan rawatan perubatan untuk penyanyi dan komposer itu yang menghidap bipolar serius sejak 2009.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.