Entertainment

“Tak Suka Unfollow” – Kena Kecam Sebab Menari Dengan Anak, Isteri Lan Solo Letih Dengan Sikap Netizen


Terdahulu, anak kepada Lan Solo, Nur Amna Qaleesya,12, dikecam netizen kerana dilihat lincah menari di aplikasi TikTok.

Susulan perkara berkenaan, isteri kepada penyanyi tersebut menyatakan bahawa dia berasa penat dengan sikap segelintir pihak yang tidak menghormati dia dan anaknya.

Menurut sumber, Sheila juga meminta warganet yang tidak suka dengan ‘content’ yang dimuat naik supaya tidak mengikuti akaun media sosial miliknya.

Sheila turut menyatakan bahawa video menari berikut hanyalah sekadar suka-suka dan sebagai cara meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

Yang benci sila pergi…Yang nak gembira-gembira boleh di sini…Letihlah asyik benci sana sini…Tak suka unfollow…Enjoy-enjoy je pun.”

Walau bagaimanapun, akaun Instagram Sheila telah pun diletakkan dalam mod ‘private‘ bagi mengelakkan komen-komen negatif dari netizen.

Sekadar info, netizen sebelum ini mengkritik Lan Solo sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab kerana membiarkan anak perempuannya menari terkinja-kinja sebagai tontonan umum.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:


4 minggu lalu

“Elok Sangat Lah Ajar Terkinja-Kinja” – Muat Naik Video Anak Lincah Menari, Netizen Tegur Lan Solo





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.