Entertainment

Tak Sanggup Tengok Uyaina Meronta Tahan Sakit, Raja Syahiran Rasa Diri Tak Berguna


Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad menjalani pembedahan apendiks di sebuah pusat perubatan di Shah Alam.

Melihatkan isterinya menahan sakit selepas pembedahan dan keradangan pada rahim, penyanyi Raja Syahiran berkata dia merasa sedih dan merasakan seperti dirinya tidak berguna.

BACA: Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Sulung

Memetik mStar Online, Syahiran berkata dia berharap kesakitan yang ditanggung isterinya itu dapat dipindahkan kepadanya

“Memang sedih apabila melihat isteri meronta-ronta tahan sakit, tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa untuk bantu. Hanya mampu berdoa sahaja.

“Ketika itu saya berharap kalau boleh sakit itu dipindahkan kepada saya dan biar saya yang tanggung. Saya rasa diri macam tak berguna kerana tidak boleh membantu,” katanya.

Menurut Syahiran lagi, isterinya yang kini hamil anak sulung sudah pun dibenarkan pulang ke rumah dan dinasihatkan berehat selama dua minggu.

“Syukur isteri dan kandunganya sihat dalam keadaan baik sekarang ini dan doktor nasihatkan supaya berehat selama dua minggu.

“Selepas melihat keadaan isteri barulah saya faham bagaimana perasaan seseorang yang kita sayang dalam keadaan sakit namun tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya.

Syahiran dan Uyaina mendirikan rumah tangga pada 20 Disember tahun lalu. Minggu lalu, Uyaina berkongsi berita gembira dirinya sedang hamil anak sulung.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.