Entertainment

‘Tak Puas Hati Datang Sendiri Ke HQ, Jangan Nak Viralkan!’ – Wak Doyok


Baru-baru ini, viral sebuah video yang memaparkan seorang pelanggan lelaki mengamuk dengan pelakon dan pempengaruh, Wak Doyok selepas menerima warna dan saiz baju melayu yang salah.

Jangan nak viral!

Menurut Wak Doyok, 42, dia ‘aware’ dengan rakaman ketidakpuasaan hati yang dimuat naik di media sosial. Bagaimanapun, dia menyifatkan ‘sikap suka viral’ ini keterlaluan kerana kesalahan bukan sepenuhnya dari pihak ‘headquarters’ atau ibu pejabat.

Kata pemilik nama Mohd Azwan Md Nor, pelanggan seharusnya bijak dalam membeli dan berurusniaga agar tidak timbul isu kemudian hari.

Kadang-kadang customer ni, minta baju yang dia pun tak tahu ukur badan dia. Saya dah bagi measurement, tapi dia tak ukur dan mungkin dia ingat baju Melayu sama dengan ukuran baju kemeja.

Bila dia ambil yang body fitted sikit, itu yang jadi macam tu. Bila dia hubungi HQ, kena tunggu turn sebab terlalu banyak mesej yang masuk.

Kalau dia tak puas hati dan datang sendiri ke HQ, bawalah jangan nak viralkan. Daripada sudut positifnya, kedua-dua parti ada keuntungan, sales naik, WhatsApp masuk tak henti-henti macam meter air!

Bulan baik settle betul-betul. Sekarang ni platform nak bergaduh semua guna media sosial.

Wak Doyok ditemui di butik vendor popular Starvilion Shah Alam yang hadir untuk mempromosikan happy hour ‘Baju Melayu Wak Doyok’ pada petang Sabtu.

Meniaga habis-habisan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by STARVILION (@starvilion)

Dalam pada itu, ikon fesyen Malaysia bersyukur kerana tahun ini dapat menjual secara ‘all out’ tanpa kerisauan dan dijamin harga tak ‘cekik darah’.

Tahun lepas memang terkesan sangat sebab kerajaan umumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terutama untuk peniaga yang tidak meniaga secara atas talian (online). Kesian la modal dah keluar, tapi tak boleh nak jual..

Tapi tahun ini memang ‘all out’ dari awal hingga akhir Ramadan. Bukan saja saya meniaga baju melayu koleksi tahun ini, ada juga penghabisan stok tahun lepas yang dijual dengan harga diskaun.

Koleksi baju raya saya memang tak mahal, pelanggan tak akan rasa terbeban untuk beli dengan situasi sekarang.

Sumber: Instagram @wakdoyok





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.