Entertainment

“Tak Boleh Bayang Perasaan Budak Tu” – Netizen Sebak Lihat Lelaki Tekad Hadir Majlis Kahwin Bekas Isteri


Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video memaparkan seorang lelaki bersama anak perempuannya yang hadir di sebuah majlis perkahwinan telah meraih perhatian warganet.

Difahamkan, majlis yang dihadiri lelaki tersebut merupakan majlis perkahwinnan bekas isterinya yang juga merupakan ibu kepada anak perempuan tersebut.

Namun, ketika berjumpa dengan ibunya, kanak-kanak perempuan itu dilihat enggan menerima pelukan daripada ibunya.

bekas isteri

Menerusi video tersebut, kanak-kanak itu dilihat seperti keliru mengapa ibu tersayang berada di atas pelamin bersama lelaki lain.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih 34.9M tontonan, 2.3M tanda suka dan 69.7K komen di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet seakan-akan memahami perasaan lelaki berkenaan sebagai seorang bekas suami, malah memuji tindakannya kerana tidak memutuskan hubungan kasih antara ibu dan anak.

“Kau yang hadir, aku pulak yang terguris, kuat betul hatimu dik,” tulis seorang warganet.

“Hormat saya sepenuh hati buat abang, angkat topi,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.


2 jam lalu

“Dia Nak Aku Pakai Baju Hello Kitty Naik Pelamin?” – Pengantin Kecewa Baju Tak Sama Seperti Contoh





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.