Entertainment

“Tak Ada Simpati” – Dedah Sakit Kulit DUKE Hanya Lakonan, Aeril Zafrel Dikecam Netizen


Tular di media sosial sejak semalam mengenai pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias ada mendedahkan mengenai sakit kulit yang dihidapinya di ruangan Facebook miliknya.

Meninjau ruangan komen, pelakon dan juga usahawan Aeril Zafrel dilihat ada meninggalkan komen berbaur pertanyaan sama ada foto sakit kulit yang dikongsi pendakwah itu benar ataupun hanya untuk lakonan semata-mata.

Aeril yang pada mulanya hanya ingin mendapatkan kepastian mengenai kesahihah foto tersebut walaubagaimanapun dikecam sesetengah netizen malah ada yang mendakwanya tidak mempunyai rasa simpati kepada Ustaz Kazim Elias.

Kata netizen, ini bukan masa untuk Aeril bergurau dan ‘bermain-main’ memandangkan Ustaz Kazim sudah lama menderita sakit kulit berkenaan akibat ‘buatan’ orang, seperti yang didakwa pendakwah berkenaan sebelum ini.

komen Aeril

Ini bukan shooting awak, Ustaz Kazim dan menanggung sakit, macam-macam orang buat kat ustaz, sifat dengki dan dendam tu ada je tak kena. Doakanlah kesembuhan Ustaz, bukannya bergurau – netizen

Terdahulu, Ustaz Kazim ada berkongsi foto memaparkan tangannya yang dijangkiti penyakit namun tidak memaklumkan dengan jelas apa yang dialaminya kepada umum.

“Sesiapa yang boleh tolong ubatkan saya tolonglah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggung. Pada Allah kita berserah.” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Ustaz Kazim Elias derita sakit tangan


36 minit lalu

“Make-Up SFX Tu” – DUKE Mohon Bantuan Kerana Sakit Kulit, Tapi Ada Netizen Dakwa Hanya Lakonan?





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.