Entertainment

Tahniah! Jihan Musa Selamat Melahirkan Cahaya Mata Keduanya


Isteri kepada Ungku Hariz iaitu Jihan Musa, 39, telah selamat melahirkan anak kedua mereka di hospital Avisena pada hari Selasa.

Artikel berkaitan: Jihan Muse Hamil Enam Bulan, Diduga Dijangkiti Covid-19 Masa Trimester Pertama

Berkongsi bersama peminat 

Pihak Avisena WCSH turut memuat naik ucapan tahniah kerana selamat melahirkan anak serta berterima kasih kerana sudi memilih hospital mereka yang dimuat naik di story Instagram rasmi mereka.

Walaupun, Jihan Musa dan suami tidak membuat posting apa-apa mengenai keadaan mereka tetapi dengan berkongsi semula story Instagram Avisena WCSH, peminat dapat mengetahui perkembangan mereka pada ketika itu.

Walaupun Jihan dan suami masih belum mengumumkan berita gembira tersebut secara rasmi, akan tetapi Nur Syahirah A Rahman iaitu isteri kepada pelawak Fab Bocey telah memuat naik ucapan tahniah melalui story Instagram miliknya. Namun begitu, sehingga kini identiti anaknya masih lagi dirahsiakan oleh mereka.

Apabila menyebut mengenai Gegar Vaganza (GV), orang ramai telah disedia maklum akan gadingan Nabil Ahmad dan Jihan Musa sebagai pengacara. Namun begitu, memandangkan Jihan Musa sedang berpantang maka Nabil Ahmad akan digandingkan dengan Elly Mazlein bagi GV9 kali ini.

Sumber: Instagram





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.