Entertainment

Suami Muda, Jasmin Hamid Tersinggung Diperli Macam Ibu & Anak


Sudah enam bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Jasmin Hamid kesal apabila ada netizen melemparkan kata-kata tidak baik terhadap dirinya dan suami, Nazmir Abd Rahman

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Jasmin turut meminta netizen untuk menjaga adab apabila ada yang menyamakan dirinya dan suami seperti ibu dan anak.

BACA: Selamat Bernikah, Jasmin Hamid Kembali Bergelar Isteri

Ujarnya lagi, sudah rezekinya apabila dipertemukan jodoh dengan lelaki muda dan dia percaya bahawa ajal dan jodoh adalah rahsia Allah.

“Mohon jaga adab dan lisan. Ini suami saya,bukan anak saya. Rezeki dan jodoh saya bersuamikan lelaki muda. Semuanya adalah perancangan Allah.

“Sebagai hambaNya yang beriman, kita wajib percaya dengan jodoh, rezeki, ajal, maut, semuanya rahsia Allah. Adakah ada masalah penyakit ain?” tulisnya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapatnya itu. Malah, ada yang meminta Jasmin supaya tidak mengendahkan kata-kata negatif netizen.

Terdahulu, Jasmin berkahwin dengan Nazmir Abd Rahman yang juga merupakan pengurusnya pada November tahun lalu.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.