Entertainment

Shila Amzah Sah Cerai, Reda Perkahwinan Hanya Bertahan 4 Tahun


Kini Trending

Sebelum ini, penyanyi Shila Amzah pernah mendedahkan dia sudah tidak sebumbung dengan suami selepas keluar daripada rumahnya di Cyberjaya.

Artikel Berkaitan: Dah Dua Bulan Tak Tinggal Sebumbung, Shila Amzah Failkan Perceraian – ‘Dia Decide Nak Prolong Benda Ni’

Artikel Berkaitan: Netizen Suruh ‘Getback’ Dengan Shila Amzah, Sharnaaz Ahmad Mohon Hormati Keluarga – ‘Dia Belum Cerai Lagi, Masih Pegang Status Isteri’

Terbaru, Shila mengesahkan dia akhirnya sudah bercerai dengan suami, Haris Idraki Elias di sebuah mahkamah syariah di Selangor, pada Selasa.

Kata Shila, 32, biarpun sudah tidak sehaluan namun mereka tidak akan sesekali mengabaikan tanggungjawab terhadap anak iaitu Seth Uwais.

Alhamdulillah. Kes (perceraian) saya dan bekas suami sudah selesai tadi (Selasa). Kita akan berusaha jaga dan sayangi Seth (anaknya) sampai bila-bila. Terima kasih pada semua yang mendoakan.

Bagaimanapun, Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah memilih untuk tidak mendedahkan jumlah talak yang dijatuhkan hakim di mahkamah.

Menerusi Instagram Stories, pelantun lagu Patah Seribu menyatakan tidak ada pasangan yang berkahwin inginkan penceraian namun soal jodoh sudah ditetapkan oleh Allah.

Semua orang berkahwin untuk mencari kebahagiaan. Tiada orang di dunia ini berkahwin untuk bercerai dan berpisah.

Apa sahaja kemungkinan dan kemudaratan yang berlaku pada diri kita pasti ada hikmahnya. Jadi buat yang terbaik untuk bina semula kehidupan. Semoga jadi yang lebih baik.

Di ruangan komen, rakan selebriti dan peminat memberi kata-kata semangat dan mendoakan agar Shila dan anak kuat menempuh dugaan.

Terdahulu, Shila berkahwin dengan Haris pada 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais, 1, tahun.



The following two tabs change content below.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.