Entertainment

Setiap Kali Gaduh, Raffi Ahmad Ugut Isteri Nak Makan ‘Seafood’ – ‘Biar Saya Mati, Nanti Doa Kamu Dikabulkan’


Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, pertelingkahan antara suami dan isteri memang tidak dapat dielakkan dan ia sudah menjadi adat dalam perkahwinan yang penuh dengan cabaran dan ujian.

Begitu juga dengan selebriti terkenal Indonesia, Raffi Ahmad mendedahkan bahawa rumah tangga bersama isterinya, Nagita Slavia kerap diuji.

Raffi ugut nak makan ‘seafood’

Menerusi laporan Liputan6, Raffi mengatakan setiap kali bergaduh, isterinya akan mengatakan bahawa dia ingin hidup bersama anak-anak tanpa Raffi lagi.

Tahu tak, saya kalau gaduh dengan Nagita mesti hujung-hujung tu akan cakap ‘biarlah saya hidup dengan anak-anak saja, tak perlu ada awak pun’.

Mendengar kata-kata Nagita, pelakon drama Olivia itu terus mengugut isterinya dengan mengatakan bahawa dia ingin makan makanan laut sehingga dirinya sudah tidak bernyawa lagi.

Saya cakap balik, kalau macam tu saya makan seafood banyak-banyak biar saya mati. Nanti doa kamu dikabulkan.

Yakin isteri tak boleh hidup tanpanya

Enggan perkara buruk seperti itu terjadi, Nagita bertindak memukul belakang Raffi sambil beristighfar. Dalam pada itu, selebriti berusia 34 tahun itu yakin bahawa isterinya tidak boleh hidup tanpa dirinya.

Awak tak nak kehilangan saya kan? Jadi awak perlu lah cakap macam tu.

Walau bagaimanapun, pasangan selebriti itu enggan mendedahkan punca pertengkaran mereka dan kebiasaannya konflik yang berlaku antara mereka adalah isu yang sama.

Untuk rekod, Raffi telah mendirikan rumah tangga bersama Nagita pada 17 Oktober 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Rafathar Malik Ahmad yang berusia tujuh tahun dan Rayyanza Malik Ahmad yang baru sahaja lahir pada Disember tahun lalu.

Sumber : Liputan6



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.