Entertainment

Selebriti Lelaki Terkenal Umur 40-an Ditahan Polis, Didakwa Lakukan Amang Seksual Terhadap Individu Bawah Umur


Seorang selebriti lelaki telah ditahan pihak berkuasa berikutan kes amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak dan remaja lelaki.

Memetik laporan Sinar Harian, suspek berusia lingkungan 40-an dan kini direman selama enam hari bagi siasatan berhubung kes tersebut.

Menerusi satu ciapan di Twitter oleh pengguna yang dikenali sebagai Mohd Faizal Hassan, suspek merupakan seorang penceramah bebas, pengacara dan juga seorang pelakon.

Suspek juga dikatakan pernah memenangi program berkaitan ummah sepanjang kariernya berlangsung.

Dalam salah satu sumber lain, difahamkan perbuatan terkutuk itu terbongkar apabila salah seorang mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed juga mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut masih lagi dijalankan.

Susulan dakwaan berkenaan, kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Selain itu kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah:


24 jam lalu

“Mencabul Tu Jenayah” – Harith Iskander Beri Pandangan Isu Gangguan Seksual Puteri Balqis





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.