Entertainment

Selamat Bersalin Bayi Perempuan, Elfira Loy Menangis Tengok Suami Sambut Anak


Nampaknya ada lagi selebriti yang menyambut kelahiran bayi hari ini. Tahniah diucapkan kepada pelakon Elfira Loy yang selamat melahirkan cahaya mata kedua sekitar jam 6.57 petang tadi.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Elfira sendiri sebentar tadi di Instagram. Menerusi entri itu, Elfira turut meluahkan rasa syukur proses bersalin dipermudahkan.

BACA: Nafas Tercungap-Cungap, Elfira Loy Dah Tak Larat Kemas Rumah

Kongsi Elfira lagi, dia apabila menangis melihat suaminya sendiri iaitu Faris Anuar yang menyambut kelahiran bayi kedua mereka.

Menerusi posting tersebut, Elfira turut memuat naik gambar bersama suami dan puteri kesayangannya itu.

Elfira mendirikan rumah tangga dengan Khairol Faris Anuar pada 1 Januari 2019. Pasangan itu menimang cahaya mata lelaki, Muhamad Rayyan Khalaf Muhamad Faris kini berusia tiga tahun.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.