Entertainment

“Sebab Kau Kerjaya Orang Terjejas!” – Pramugari Hadiahkan Kacang Pada Azfar Hari Kena Tindakan Tatatertib?


Sedia maklum, beberapa hari yang lepas tular satu ciapan di Twitter yang dibuat oleh inlfluencer terkenal iaitu Azfarheri apabila dia berkongsikan telah dapat satu pek besar kacang masin yang dihadiakan dalam pesawat oleh pramugari Malaysia Airlines (MAS).

Advertisement

Susulan perkongsiaan yang dilakukan itu, ramai warganet berasa tidak puas hati dengan hadiah yang diterima oleh Azfar Heri kerana untuk orang biasa, pramugari tidak akan memberikan apa-apa pun.

Bukan hanya netizen, Zarul Umbrella yang merupakan bekas pramugara MAS juga berkata jika mengikut SOP, seorang penumpang hanya dapat satu pek kacang saja.

komen netizen

Semalam, tular pula satu ciapan mendakwa pramugari MAS yang memberi influencer terbabit sekampit kacang itu telah berdepan dengan tindakan tatatertib dan berkemungkinan akan dibuang kerana langgar etika bekerja.

Bukan itu saja, kerana tular ciapan yang dilakukan oleh Azfar Heri mengenai hadiah yang diterima, kini ramai penumpang yang menaiki pesawat tersebut meminta kacang sebanyak itu dan seandainya tidak dapat, mereka akan pertikai.

komen netizen Azfarheri

Melihat reaksi netizen mengenai hal terbabit, kebanyakkannya menyalahkan tindakan Azfar Heri kerana disebabkan dia kerjaya seseorang terjejas.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.


7 hari lalu

“Mentang-Mentang Influencer..” – Azfar Heri Dapat Banyak Kacang ‘Free’, Netizen Kata Pramugari MAS Pilih Kasih?





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.