Entertainment

“Saya ‘Archive’ Gambar Suami Sebab Merajuk”


Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai rumah tangga kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Noor Nabila didakwa bermasalah apabila memadam gambar bersama suaminya, Engku Emran di Instagram.

Memetik Harian Metro, bagaimanapun Nabila berkata perkahwinannya baik-baik sahaja dan tindakannya ‘memadam’ gambar suami disebabkan merajuk dengan lelaki itu.

BACA: Solat Berjemaah, Netizen Sahkan Noor Nabila & Engku Emran Masih Sebumbung

“Alhamdulillah, jodoh kami masih kuat. Kami masih bersama. Doakan kami. Cuma, saya padam gambar bersama suami sebab merajuk,” katanya.

Menurut Nabila, dalam berumah tangga sudah pasti akan ada pasang surut dan menjelaskan dia tidak memadam gambar berkenaan sebaliknya ‘archive’ sahaja.

“Biasalah dalam perkahwinan ada turun naik. Waktu itu saya tengah geram. Saya tak buang pun gambar, tapi ‘archive’ saja. Macam tulah.

“Cuma bila kita jadi perhatian, perkara kecil pun menjadi besar. Padahal semua perempuan pun kalau gaduh perkara pertama dia akan buat (padam gambar). Saya merajuk lama tau,” katanya.

Dalam pada itu, Nabila mengakui dia sedar bahawa kesan di atas tindakannya itu akan menjadi bualan ramai, namun ketika itu dia terlalu geram.

“Sebenarnya saya tahu implikasi itu. Macam Lofa dan keluarga bila dia menjadi perhatian, tempiasnya pun tetap kena pada saya juga. Saya sepatutnya berhati-hati. Tapi kita manusia, perempuan dan berjiwa lembut.

“Saya tak terkejut, tapi dapat rasa perkara ini dapat perhatian. Tapi sebab masa tu geram, jadi tak fikir. Kadang bila orang orang menilai, kita abaikan saja. Kita tak boleh puaskan hati semua orang,” katanya.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.