Entertainment

Saudara Kelantan Teruja Tengok Anak Neelofa, Kulit Putih Pink, Macam Jebat Jayden


Hampir empat bulan menimang cahaya mata sulung, sememangnya ramai yang tidak sabar melihat wajah anak kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Muhammad Bilal.

Setakat ini Neelofa dan suaminya, PU Riz atau Haris Ismail masih kekal dengan pendirian untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka kepada umum.

BACA: Ibu Dedah Neelofa Anak Luar Biasa, Jarang Tunjuk Air Mata

Bagaimanapun, baru-baru ini tular di TikTok video oleh seorang pengguna @Natasha Maria Khan didakwa sebagai saudara dari Kelantan memberi gambaran wajah Bilal selepas ditunjuk oleh ibu Neelofa semasa pulang ke Pasir Mas.

Menurutnya, Bilal mempunyai rupa yang segak serta seakan sama dengan anak Noor Nabila iaitu Jebat Jayden.

@natashamaria.khan

? Hari Raya – IamNeeta & Najwa Latif & Mimie Haris & Deanna Hussin

“Dapat la juga tengok latest wajah Bilal. Segak betul Bilal. Kulit putih pink nah. Masa lahir hari tu muka Lofa (Neelofa). Ni (sekarang) dah muka Haris. Sikit-sikit ada macam Jayden. Tengok Bilal dalam telefon bimbit mama (Noor Kartini) pun jadi la,” tulisnya.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang lebih rasa teruja untuk melihat wajah Bilal.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan mereka seolah dapat membayangkan wajah Bilal serta mendoakan anak pasangan selebriti itu membesar dengan sihat.

Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.