Entertainment

Sarah Hilderbrand Umum Undur Diri Dari Dunia Hiburan


Selepas tujuh tahun bergelar pelakon, Sarah Hildebrand mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada dunia seni.

Memuat naik satu video di Instagram, Sarah berkata meskipun masih menerima tawaran namun dia memaklumkan tidak mahu lagi menjadi pelakon mahupun pengacara.

BACA: Sarah Hildebrand Benci Tengok Orang Islam Tiba-Tiba Jadi Baik Masa Ramadan

“Saya fikir masa sesuai untuk memalumkan bahawa saya mahu bersara daripada dunia seni di Malaysia. Saya tidak akan terima tawaran sama ada sebagai pelakon atau pengacara.

“Sebenarnya saya masih dapat tawaran daripada produksi, maaf cuma tidak beri maklum balas lagi. Pengumuman ebrsara ini, buatlah apa-apa pun bagi tular dan semua orang tahu,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon kacukan Amerika dan Jerman itu turut mengucapkan terima kasih di atas sokongan diterima sepanjang dia bergelar anak seni.

“Terima kasih untuk pahit manis selama ini. Saya akan hargai setiap momen dan pengalaman itu. Semua itu bantu saya jadi menusia dan artis yang lebih baik. Jumpa kalian semua di sisi yang lain,” katanya.

Diakhir video itu, Sarah turut memberitahu dia tidak mahu menerima sebarang temu bual daripada pihak media mengenai perkara itu,” katanya.

Terdahulu, Sarah pernah mencetuskan kontroversi apabila membuat keputusan untuk tidak bertudung pada Oktober 2020 selepas setahun mendirikan rumah tangga.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.