Entertainment

Rupanya Ramai Tak Puas Hati, Khairul Aming Mengaku Silap Terlalu Percayakan Kawan Jadi PA


Baru-baru ini tular di media sosial selepas pengguna Twitter meluahkan rasa tak puas hatinya selepas mendakwa menerima layanan buruk dari pengurus peribadi influencer terkenal, Khairul Aming.

Artikel Berkaitan: Ramai Cakap PA Besar Kepala & Susah Nak Berurusan, Khairul Aming Janji Selesaikan Masalah

Buang ‘contact’ pengurus dari media sosial

Tak cepat melatah dengan isu yang menimpa dirinya, Khairul Aming sendiri memuat naik bebenang di Twitter miliknya mengenai jalan penyelesaian yang dibuat.

Dari isu yang berlaku semalam, ini cara saya baiki kesilapan. Saya telah memadamkan semua maklumat mengenai pengurus dari media sosial.

KA sendiri akan urus semua

Tambahnya lagi di bebenang yang sama, dia akan mengambil alih urusan pengurusan buat sementara waktu sehingga ada penempatan pengurus yang baharu.

Malah, dia juga memaklumkan bahawa akan berhenti menghasilkan video untuk klien untuk memberi fokus kepada minatnya dalam memasak.

Untuk masa terdekat ni, saya akan berhenti buat video untuk klien termasuk produk makanan, restoran dan juga seminar.

‘Saya percaya dia tanpa periksa kualiti’

Khairul Aming juga menjelaskan bahawa dia mempercayai pengurus peribadinya mampu untuk mengurus semua urusannya kerana pangkat sebagai kawan tanpa memeriksa kualiti sebagai pekerja terlebih dahulu.

Dia turut meminta maaf atas apa yang berlaku dan akan mengambil kira pesanan dari orang ramai untuk memperbaiki kualiti kerja dan juga perniagaannya.

Sumber: khairulaming





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.