Politics

Rumah, bazar Ramadan di Pendang dibadai ribut


PENDANG – Sebanyak lapan rumah di empat kampung di daerah ini mengalami kerosakan terutama pada bahagian bumbung dalam kejadian ribut petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 4.40 petang itu turut merosakkan khemah dan barang peniaga di bazar Ramadan sekitar Pekan Pendang di sini.

Difahamkan, angin kencang selama lebih sejam itu juga mengakibatkan khemah dan persiapan lain bagi
satu majlis berbuka puasa yang bakal dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor esok rosak.

Majlis tersebut dikatakan dibatalkan ekoran kejadian itu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusoff berkata, tiga mukim terjejas dalam kejadian itu ialah Ayer Puteh, Bukit Raya dan Guar Kepayang. – KOSMO! ONLINE.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.