Politics

Rugi RM30,000, kebun pisang dimusnah gajah liar


KEMAMAN – Tiga pekebun pisang berputih mata selepas tanaman diusahakan sejak tiga tahun lalu musnah sekelip mata akibat serangan gajah liar di Kampung Air Putih di sini hari ini.

Mereka kerugian lebih RM30,000 selepas hampir 500 batang pokok pisang mereka dimusnahkan gajah liar terbabit dalam kejadian awal pagi berkenaan.

Salah seorang pekebun, Zulkifili Mohd. Sabri, 46, berkata, dia dan dua rakannya menyedari kemusnahan tersebut sewaktu mahu membersihkan kebun pisang berkenaan pada pukul 7.30 pagi.

“Luluh hati tengok tanaman yang kami usahakan hari-hari sejak tiga tahun lalu rosak sekelip mata.

“Bersepah kebun kami dengan banyak daun dan batang pisang menyembah bumi selain penemuan beberapa kesan tapak kaki dan najis gajah,” katanya ketika ditemui Kosmo! di kebun pisanya di Kampung Air Putih di sini hari ini.

Mohd. Sebili Kassim, 64, pula berkata, dia yang telah kehabisan modal lebih RM10,000 buntu memikirkan nasibnya selepas ini.

“Tahun lalu pokok pisang saya diserang beruang, kali ini diserang gajah pula,” katanya. – KOSMO! ONLINE





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.