Politics

Royal Floria Putrajaya 2022 disambung dua hari lagi


PUTRAJAYA – Perbadanan Putrajaya (PPj) memutuskan untuk melanjutkan penganjuran Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya (Royal Floria Putrajaya) 2022 selama dua hari lagi sehingga 6 September ini.

PPj menerusi hantaran di Facebook berkata, perkara itu diputuskan susulan sambutan menggalakkan daripada pengunjung selain mengambil kira musim cuti sekolah yang akan bermula esok.

Menurutnya, Floria Diraja Putrajaya 2022 yang bermula 29 Ogos lalu sepatutnya berakhir pada Ahad ini.

“Ayuh beramai-ramai ke Floria Diraja Putrajaya 2022 bersama keluarga dan kenalan,” katanya.

Katanya, tiket masuk ke Floria Diraja Putrajaya 2022 boleh ditempah secara dalam talian di laman sesawang https://floria.putrajaya.my/.

Floria Diraja Putrajaya 2022 dirasmikan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada 29 Ogos lalu.

Bertemakan ‘Floria Hebat’ dengan orkid sebagai bunga tema, edisi terkini Festival Bunga dan Taman itu menghimpunkan kira-kira 10,000 orkid yang dipamerkan dengan lebih daripada 400,000 pokok pelbagai spesies.

Antara komponen baharu adalah Taman Keluarga Malaysia, Taman Koboi dan Sukulen, Taman Instagrammable, Hiasan Dinding Orkid dan Terowong Oncidium.

Selain itu Clock Meadow, Taman ‘Glow in the Dark’ serta Taman Bonsai dan Suiseki manakala komponen seperti Laman Astaka Diraja dan laluan utama kembali dengan wajah baharu. – KOSMO! ONLINE





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.