Entertainment

Rosmah Dibenarkan Tangguh Hukuman, Tunggu Rayuan Selesai


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM979 juta ke atas Datin Seri Rosmah Mansor yang didapati bersalah atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah, enam tahun lalu.

Tangguh pelaksanaan hukuman

Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan dan denda RM970 juta, bagaimanapun hakim memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Rosmah bersalah atas tiga tuduhan rasuah membabitkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Bukan itu sahaja, sekiranya gagal membayar denda berkenaan, Rosmah berhadapan hukuman penjara tambahan 30 tahun.

Walau bagaimanapun, Mohamed Zaini membenarkan permohonan Rosmah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman hingga rayuan selesai.

Sebagai rekod, denda kali ini merupakan yang tertinggi pernah dikenakan terhadap mana-mana pesalah mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber: Harian Metro



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.