Politics

Renang pecah rekod kebangsaan di Hanoi


HANOI – Kuartet renang negara membuktikan mereka hadir pada temasya Sukan SEA Vietnam bukan sekadar melengkapkan saingan selepas berjaya meraih pingat perak di Stadium Akuatik My Dinh di sini sebentar tadi.

Lebih mengejutkan, kuartet renang negara melakar sensasi apabila menewaskan Singapura dan memecahkan rekod kebangsaan untuk memastikan tempat kedua menjadi milik mereka.

Welson Sim, Lim Yin Chuen, Arvin Shaun Singh dan Khiew Hoe Yean menamatkan acara 4×200 meter gaya bebas berganti-ganti lelaki di tempat kedua dengan rekod kebangsaan baharu, tujuh minit dan 19.750 saat (s).

Rekod kebangsaan sebelum ini adalah 7:26.74s yang dicatat oleh Welson, Lim Ching Hwang, Kevin Yeap dan Vernon Lee pada temasya Sukan Komanwel 2014 di Glasgow.

Juara bertahan, Singapura yang membariskan Jonathan Tan, Glen Lim, Joseph Schooling dan Quah Zheng Wen memenangi gangsa dengan catatan 7:21.49s.

Welson menegaskan, mereka turun tanpa sebarang tekanan meskipun terpaksa berdepan penyandang juara dari Singapura.

“Kami sedar mampu memecahkan rekod kebangsaan jika semuanya berjalan lancar dan saya fikir, kami beraksi dengan baik hari ini.

“Pada akhir sekali ia bergantung kepada
kekuatan mental. Di persaingan peringkat seperti ini, apa saja boleh berlaku.

“Memang menarik dapat menewaskan musuh ketat dalam renang. Dalam beberapa edisi Sukan SEA sebelum ini, kami tidak mampu menyaingi Singapura, tetapi kali ini kami memberikan saingan sengit termasuk kepada Vietnam.

“Bagi kami, tiada apa yang dimalukan, sebaliknya tekanan lebih memihak kepada mereka,” kata Welson.

Sementara itu, Job Tan mencipta kejutan memenangi gangsa dalam acara 200m kuak lentang lelaki dengan catatan 2:17.68s di final.

Perenang Singapura, Maximillian Ang memenangi emas dengan catatan 2:11.93s manakala perenang Vietnam, Bao Pham Thanh memenangi perak dengan 2:12.09s. Welson dan Hoe Yean akan berentap dalam acara 200m gaya bebas lelaki, esok. – KOSMO! ONLIND





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.