Entertainment

Remaja 14 Tahun Sebak, Menangis Selepas Selesai Nikahkan Kakak Sendiri


Menjadi wali pernikahan itu bukanlah satu tanggungjawab yang ringan, apatah lagi bila dipikul seorang remaja berusia 14 tahun.

Persis perkongsian seorang ibu di TikTok, anak lelakinya yang berusia 14 tahun dilihat menahan sebak setelah selesai menikahkan kakak sulungnya.

Undang sebak warganet

Menerusi perkongsian video milik @azzaasha di laman TikTok, dia mengucap syukur selepas anak lelakinya itu selesai memikul tanggungjawab sebagai wali pernikahan kakaknya bersama pasangan, baru-baru ini.

Alhamdulillah selesai pernikahan anakanda sulung yang dinikahkan oleh adiknya.

Dalam majlis yang diadakan di sebuah masjid itu, beberapa tetamu lain yang hadir juga dilihat menahan sebak serta kagum dengan kebolehan remaja lelaki berkenaan menyempurnakan sesi akad.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

Sumber: TikTok @azzaasha



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.