Entertainment

“Rayyan Ikut Perangai Arwah Faizal Tak Makan Bawang, Gelak Mata Tak Nampak”


Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Siti Nordiana ada memuat naik video terbaru di saluran YouTubenya bersama anak, Muhammad Rayyan Makhaie.

Dalam video itu, Siti Nordiana sedang menikmati juadah kegemaran anaknya sambil menonton drama lakonan bekas suaminya, Allahyarham Mohd Faizal Yusup. Menurut Siti Nordiana lagi, anaknya itu sama seperti arwah abahnya tidak suka makan bawang.

BACA: Syura Dah Maafkan Siti Nordiana, Tapi Susah Nak Melupakan

“Sebenarnya Rayyan, Rayyan ikut perangai abah Rayyan. Dulu, opah yang ajar mama resipi ini. Abah Rayyan tak boleh masak (makanan) yang ada bawang.

“Nana kena ‘blender’ (kisar)’ dia cakap. Jadi, mama pun ‘blender’ lah. Ini juga adalah sambal kegemaran abah Rayyan, turun ke anaknya ya. Jadi, sebab itulah Rayyan tak suka bawang sebab Rayyan mewarisi daripada Abah,” katanya.

Dalam pada itu, kata Siti Nordiana lagi anak tunggalnya yang kini berusia 14 tahun itu juga turut mewarisi ekspresi ketawa bekas arwah suaminya.

“Eh ada lagi. Kalau ada abah gelak, sebiji macam Rayyan. Kalau Rayyan gelak, sebiji macam dia, mata tak nampak. Kalau Rayyan kurus, macam itulah Rayyan. Rayyan kan nak diet,” katanya.

Siti Nordiana turut berkongsikan kepada Rayyan mengenai kehebatan bapanya sebagai pelakon serta mengingatkan anaknya itu supaya sentiasa sedekahkan Al-Fatihah.

“Rayyan jangan lupa baca Al-Fatihah selalu dekat abah tahu. Dia sayang gila kat Rayyan, tahu? Abah Rayyan dulu popular. Lakonan dia tiptop, ‘power’,” katanya.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.