Politics

Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun


LONDON – Ratu Elizabeth II dilaporkan mangkat pada usia 96 tahun hari ini.

Berita duka itu disahkan oleh Istana Buckingham menerusi kenyataan akhbar dimuat naik pada Instagram The Royal Family.

“Kematian baginda merupakan detik sedih paling besar bagi seluruh keluarga.

“Kami sangat berduka atas pemergian baginda yang dihormati dan disayangi. Kehilangan baginda dirasai seluruh negara, negara-negara Komanwel serta serata dunia,” katanya.

Ratu Elizabeth II menjadi ratu Britain selama 70 tahun selepas kematian ayahanda baginda, Raja George VI pada 6 Februari 1952 ketika baru berusia 25 tahun.

Terdahulu, ahli keluarga Diraja dilaporkan telah pulang ke istana berikutan keadaan kesihatan Ratu Elizabeth II yang berada di bawah pengawasan doktor.

Sebuah pelan yang dikenali sebagai ‘Operation London Bridge’ mula hangat diperkatakan susulan tindakan sebuah media tempatan United Kingdom, BBC mengubah warna laman web kepada hitam. -KOSMO! ONLINE





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.