Entertainment

Ramai Tergoda Ammar Alfian Belanja Badan Sado, Urat Timbul Macam Wayar


Baru-baru ini perkongsian pelakon Ammar Alfian menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar menayang badannya yang kekar.

Menerusi foto tersebut, Ammar dilihat tidak berbaju serta memakai seluar pendek menampakkan bahagian pehanya yang berurat-urat. Dalam entri itu, Ammar turut meletakkan kapsyen ‘You can call me, Don Vein Ammar’.

BACA: Tumbuk Pemandu Pos Malaysia, Ammar Alfian Didenda RM3,500

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Insta Story, dilihat ada memuat naik satu gambarnya melakukan posing hamstring. 

Kata Ammar lagi, dia melakukan posing tersebut hanya untuk cuba-cuba sahaja dan bukan mahu bertanding dalam pertandingan bina badan.

Difahamkan, gambar tersebut dikongsikan selepas Ammar kembali membuat senaman bersama jurulatih dan rakan-rakannya. Pejam celik hampir dua tahun Ammar solo, tak ada pengganti baru ke?





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.