Entertainment

Ramai Pelik Sedap Sangat, Janna Nick Mohon Maaf Terpaksa ‘Miming’ Di AIM23 Sebab Masalah Kesihatan


Penyanyi dan pelakon Janna Nick memohon maaf kerana menyanyi secara miming ketika membuat persembahan di Anugerah Industri Muzik 23 (AIM23), semalam.

Artikel berkaitan : Impian Janna Nick Bina Pusat Tahfiz & Anak Yatim Bakal Jadi Kenyataan – ‘Saya Percaya Dengan Kuasa Sedekah’

Terpaksa miming

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Janna berbesar hati kerana mendapat tawaran untuk bernyanyi di majlis berprestij, namun perkara berkenaan tidak disengajakan kerana keadaan kesihatannya masih tidak mengizinkan selepas dijangkiti Influenza pada dua minggu lalu.

Saya minta maaf kerana dianggap memalukan AIM23 kerana miming di pentas anugerah berprestij. Peluang untuk menyanyi di pentas besar itu sebaris dengan penyanyi-penyanyi hebat tanah air adalah satu impian yang memang dah lama saya impikan.

Ketika pertama kali ditawarkan saya sangat berbesar hati. Akan tetapi sejak saya dijangkiti Influenza dua minggu lalu, kesihatan saya amat terganggu.

Dalam pada itu, dia turut menyatakan bahawa jadualnya begitu padat, namun tetap meneruskan juga urusan kerja meskipun doktor telah menasihatkannya untuk berehat.

Saya meneruskan penggambaran Melastik Ke Hatimu 2, kerja-kerja di Jakarta dan memenuhi undangan di Singapura walaupun telah dinasihatkan doktor untuk berehat.

Tanpa saya sedar pilihan saya memakan diri saya. Segala kesulitan amat saya kesali.

‘Saya minta maaf’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Meskipun menerima pelbagai kecaman netizen, namun ada juga di antara mereka yang turut memuji dengan mengatakan penyanyi itu seorang yang berdedikasi serta mendoakan agar Janna cepat sembuh.

Dalah seorang artis paling komited , dedikasi dan bekerja keras. Doktor kata jangan cakap sebulan tapi tetap menyanyi,” kata pengguna @efryarwis.

It’s okay babe jangan fikir sangat,” kata pengguna @falishacrossley.

Tak apa Janna. Kami bangga dengan kami. Bangga sangat-sangat dengan semangat Janna. Semoga Janna cepat sembuh,” kata pengguna @lizzyleez.

Semoga cepat sembuh,” kata pengguna @tinakasim94.

Antara nikmat paling penting adalah kesihatan. Take care,” kata pengguna @super_ainatics.

Sumber : jannanick





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.