Entertainment

Radio Putar Lagu Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak Tengok Shuib Tarik Nafas Panjang


Umum mengetahui, pelawak Shuib Sepahtu kini kembali bergelar penyampai di stesen radio di Suria FM bersama Ajak dan Suraya menerusi segmen Team Pagi Suria.

Pagi tadi, Ajak berkongsikan di akaun Instagram miliknya mengenai reaksi Shuib yang memalingkan wajahnya ketika lagu  isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin ke udara.

BACA: Shuib Nekad Tidak Lagi Terlibat Dalam Sepahtu Reunion

Menerusi entri itu, Ajak turut berkongsikan kata-kata Shuib mengenai hubungan suami dan isteri serta menitipkan nasihat buat suami diluar sana untuk berusaha menunaikan permintaan isteri tercinta.

“Kalau isteri kita mengidam, Suami usahalah sebaiknya tunaikan..Barangkali itu adalah permintaan terakhir dia..” Shuib.

Diruangan komen, Shuib sempat mengatakan Ajak membuatkan air matanya keluar di awal pagi. Ajak kemudian membalas mengatakan Shuib lagi kejam kerana boleh melawak ketika masing-masing sedang sedih.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak melihat Shuib dilihat menarik nafas panjang seolah sedang mengawal perasaan.

Difahamkan, Ajak, Shuib dan Soraya menerusi Suria FM pagi tadi membincangkan topik ibu-ibu hamil yang mengidam. Pelbagai cerita menarik dikongsikan pendengar dan ada yang sedih. 





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.