Entertainment

Puteri Sarah Aman Penyondol Tak Boleh Ganggu Hidupnya


Didakwa menganggu rumah tangga pelakon Puteri Sarah dan suaminya, pengarah Syamsul Yusof, Ira Kazar dipanggil ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Memetik Kosmo, Puteri Sarah mengesahkan anak kepada pelakon veteran Kaza itu sudah dipanggil oleh Jawi untuk memberi keterangan minggu lalu.

BACA: Puteri Sarah Syukur Anak Sulung Usia 5 Tahun Ringan Tulang

Menurut Puteri Sarah lagi, pihaknya tahu tentang perkara itu namun tidak dimaklumkan lebih terperinci mengenainya serta meluahkan rasa syukur segalanya berjalan lancar.

“Saya hanya boleh sahkan ketika ini, dia sudah beri keterangan kepada pihak Jawi minggu lalu. Urusan kes ini akan ambil masa panjang dan masih lagi dalam siasatan tetapi saya syukur semuanya berjalan dengan baik,” katanya.

Mengharapkan kemenangan berpihak kepadanya, Puteri Sarah turut meluahkan rasa lega kerana kes tersebut menunjukkan progres meskipun perlu menunggu lama.

“Saya lega kes ini berjalan dengan baik dan harap ada kemenangan. Semua ini dilakukan demi saya dan anak-anak.

“Ada dua aduan dibuat iaitu satu di mahkamah syariah untuk dakwaan orang ketiga, manakala di mahkamah sivil untuk dakwaan melakukan gangguan. Tak kisah menunggu lama tetapi asalkan semuanya berjalan, alhamdulillah,” katanya.

Ditanya adakah dia masih diganggu pihak ketiga, Puteri Sarah mengatakan hidupnya kini aman kerana tiada lagi gangguan.

“Setakat ini tidak ada lagi gangguan yang saya terima memandangkan pihak sana sudah menerima arahan injuksi. Sekarang hidup saya lebih aman dan tenang,” katanya.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.