Entertainment

Puteri Balqis Digugurkan Dari Drama Televisyen


Susulan pendedahan pelakon Puteri Balqis, isu itu telah pun menjadi kes polis dan bapanya telah pun ditahan semalam dan akan direman sehingga 12 September ini.

Terbaru, memetik laporan BOOM, ibu kepada pelakon itu mendedahkan nama Puteri Balqis telah pun digugurkan daripada penggambaran drama untuk siaran sebuah televisyen swasta.

BACA: Dibawa Jumpa Pakar Psikiatri, Puteri Balqis & Ibu Disahkan Hidap PTSD

Tawaran 14 episod drama itu ditarik balik susulan dakwaan kes cabul ke atasnya tambahan pula kes tersebut kini sedang menjadi bualan ramai.

“Sedih untuk beritahu, tawaran kerja untuk sebuah stesen televisyen swasta sebanyak 14 episod ditarik balik. Biasalah kes tengah viral. Saya juga bimbang jualan buku juga akan perlahan,” katanya.

Meskipun bimbang pendapatan akan terjejas, bagaimanapun Ashikin berkata dia percaya dengan rezekit yang telah diatur oleh Allah.

“Saya risau, tetapi kami dikelilingi orang-orang yang baik dan amat membantu. Itu sudah memadai untuk saya terus kuat,” katanya.

Isnin lalu, remaja berusia 15 tahun itu telah pun membuat laporan polis berhubung dakwaannya pernah dicabul bapanya selepas mendedahkan perkara itu dalam satu temu bual di saluran YouTube.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.