Entertainment

Puteri Balqis Bidas Teguran Azhar Sulaiman


Susulan mengeluarkan kenyataan berhubung pendedahan Puteri Balqis yang mendakwa menjadi mangsa amang seksual bapanya, pelakon Azhar Sulaiman dikecam teruk.

Teguran Azhar itu juga turut mendapat perhatian Puteri Balqis yang memuat naik satu perkongsian di Insta Story tampil mempertahankan dirinya.

BACA: Azhar Sulaiman Mohon Maaf, Tetap Berpegang Aib Perlu Dijaga

Menurut Balqis, dia kini sedang berjauhan dengan ibunya dan sedang keseorangan. Balqis menyifatkan pendapat pelakon berusia 51 tahun itu menjunjukkan emosi geram dan marah.

“Uncle, saya sedang berjauhan dengan ibu saya waktu ini, dan saya seorang. Do you know how hard it is? Saya tak nampak apa yang uncle tulis ini sebagai ‘rules’. Saya lebih nampak ini emosi marah, geram, bengang,” tulisnya.

Diakhir perkongsian itu, Balqis seorang menyindir Azhar dengan menitipkan ucapan terima kasih di atas nasihat diberikan serta mengatakan dia tidak akan berkata seperti itu kepada orang lain.

“Terima kasih di atas nasihat anda, encik, tetapi saya tidak akan pernah sesekali berkata sebegini kepada adik-adik dan abang-abang saya di luar sana, yang masih bergelut. Anda telah menulis nota bunuh diri untuk kami.” tulisnya.

Isnin lalu, remaja berusia 15 tahun itu telah pun membuat laporan polis berhubung dakwaannya pernah dicabul bapanya selepas mendedahkan perkara itu dalam satu temu bual di saluran YouTube.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.