Politics

Putera William kini pewaris takhta Britain


LONDON – Putera William kini diangkat sebagai pewaris takhta Britian pertama berikutan naik takhta bapanya, Putera Charles sebagai Raja Charles III selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II hari ini.

Dengan kenaikan takhta Raja Charles III, ahli keluarga diraja itu, termasuk puteranya Putera William dan Putera Harry, adalah lebih tinggi dalam barisan pewarisan baharu.

Secara umumnya, penggantian jatuh kepada anak sulung waris dan anak-anak mereka, diikuti oleh adik sulung waris dan anak-anak mereka dan seterusnya.

Sehubungan itu, Putera William dan isteri, Kate Middleton secara automatik akan menggunakan gelaran Duke dan Dunchess of Cornwall, Cambridge sehingga Raja Charles III menganugerahkan gelaran Putera dan Puteri Wales.

Sementara itu, anak pertama Putera William dan Kate, Putera George mendahului barisan pewarisan baharu Britian, diikuti Puteri Charlotte dan adik lelakinya, Putera Louis.

Bagi anak lelaki kedua Raja Charles III, Putera Harry kini memegang gelaran Duke of Sussex dan di bawahnya Archie sebagai Mountbatten-Windsor. – KOSMO! ONLINE.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.