Politics

Piala FA: MB Johor umum esok cuti peristiwa


PETALING JAYA – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dengan berbesar hati mengumumkan hari ahad, 11 September sebagai cuti peristiwa buat negeri Johor berikutan Johor Darul Takzim (JDT) berjaya merangkul piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Berita gembira itu dikongsikan beliau melalui laman Twitter miliknya, Onn Hafiz mengucapkan tahniah dan syukur buat pasukan JDT yang menang ke atas Terengganu FC dengan jaringan 3-1

Ujar beliau, ini sebagai tanda penghargaan di atas sokongan padu yang sentiasa diberi oleh penyokong skuad Harimau Selatan itu.

“Terima kasih juga kepada mereka yang turut hadir memberikan sokongan kepada JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.