Entertainment

‘Pemimpin Yang Hebat’ – Uyaina Rashid ‘Reveal’ Nama Anak, Raja Urhan Jadi Pilihan


Selepas selamat melahirkan putera sulung pada 8 September lalu, Uyaina Rashid dan juga suami iaitu Raja Syahiran sepakat untuk mendedahkan nama bayi comel mereka.

Artikel Berkaitan: Tahniah! Jihan Musa Selamat Melahirkan Cahaya Mata Keduanya

Artikel Berkaitan: Dituduh Ikut Budaya Barat Buat ‘Gender Reveal’, Mona Allen Bukan Sengaja Suka-Suka

Kongsi potret bertiga di Instagram

Menerusi perkongsian itu, Uyaina dan suami sepakat memberikan nama bayi lelaki mereka ‘Raja Urhan’ yang membawa maksud tersendiri.

Assalamualaikum semua. Ini Raja Urhan bin Raja Syahiran. ‘Urhan’ bermaksud Pemimpin Yang Hebat.

Tulis Uyaina di bahagian kapsyen, selain membawa maksud pemimpin yang hebat, nama Urhan itu diambil bersempena dengan nama tokoh Islam iaitu Sultan Orhan Gazi yang merupakan Sultan Empayar Uthmaniyyah.

Malah, katanya lagi nama Urhan itu juga begitu dekat dengan nama ibunya iaitu Noor Alhan dan difahamkan akaun Instagram atas nama Urhan juga telah diwujudkan namun masih lagi dalam mod private.

‘Tahniah! Sedap nama!’

Uyaina juga berharap agar anak lelaki sulungnya itu akan membesar menjadi seseorang yang berguna dan beri kebaikan untuk masyarakat.

Sementara itu, di bahagian komen ramai yang mengucapkan tahniah kepada Uyaina dan juga suami selain memuji pilihan nama selain dari mendoakan anak mereka supaya menjadi anak yang soleh kepada ibu bapanya.

Sumber: uyainarashid





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.