Entertainment

Pekin Kesian Tengok Isteri Bertarung Nyawa Lahirkan Anak Merdeka


Tanggal 31 Ogos lalu merupakan detik manis buat pasangan selebriti, Pekin Ibrahim dan Mona Allen yang selamat menimang cahaya mata sulung pada sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-65.

Memetik Getaran, Pekin meluahkan rasa gembira dengan kehadiran bayi lelaki itu serta dalam masa sama kasihan melihat isterinya menahan sakit melahirkan zuriat mereka.

BACA: Mona Allen Selamat Bersalin ‘Baby Merdeka’

“Tapi, pada waktu yang sama saya kasihan melihat Mona waktu melahirkan anak kami. Saya berada bersama sepanjang proses itu.

“Dari awal keluar, saya melihat proses itu. Doktor juga bagi kebenaran untuk saya memotong tali pusat bayi, cucikan bayi serta azankan dia di telinga.

“Bila melihat keadaan Mona melahirkan anak, saya rasa macam tidak apalah. Kalau anak seorang pun syukurlah. Sebab saya kasihan melihat keadaan dirinya itu,” katanya.

Memberikan nama anak mereka Petra Pekin, Pekin berkata dia tidak sangka anak mereka akan lahir pada hari Merdeka dimana awal dari tarikh jangkaan sepatutnya.

“Paling tidak disangka bila bayi kami dilahirkan pada Hari Merdeka. Rasa macam tidak percaya pula ia baby merdeka.  Kalau hendak diikutkan tempoh bersalin Mona lambat lagi. Tapi, malam semalam iaitu sekitar jam 9.00, saya terpaksa hantar dia ke hospital.

“Kemudiaan doktor memberitahu bahawa dah sampai masanya untuk Mona bersalin. Padahal sebelum, tak nampak pun sebarang tanda-tanda dia akan beranak. Dia (Mona) siap boleh sembang-sembang dan gelak-gelak.  Agaknya baby tu tak sabar nak keluar kot, sebab nak laungkan merdeka,” katanya.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.