Entertainment

Pakai Topi Nampak Rambut Bercuti Di Korea, Erin Malek Diperli Netizen


Lama tak dengar cerita tentang pelakon Erin Malek lebih-lebih lagi pelakon itu lebih menumpukan pada keluarga selepas mendirikan rumah tangga.

Baru-baru ini, pelakon berusia 28 tahun itu ada berkongsikan foto percutian bersama suami dan dua anaknya ketika berada di Korea.

BACA: Kongsi Gambar Bercuti Di Dubai, Peminat Harap Erin Malek Kembali Bertudung

Namun, foto tersebut mengundang kritikan netizen apabila Erin tidak memakai tudung dan dilihat hanya menyarung topi serta turut kelihatan rambutnya.

Diruangan komen, ada segelintir bertanyakan adakah pelakon itu tidak lagi bertudung dan sudah kembali free hair. Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen sindiran bertanyakan adakah tudungnya hilang ketika menaiki kapal terbang ke sana.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan Erin dilihat lebih cantik dan manis apabila bertudung serta mendoakan agar pelakon itu terus istiqamah.

Bukan kali pertama perkara ini diperkatakan, pada Mac lalu Erin turut dilihat tidak memakai tudung sebelum berlepas ke Dubai.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.