Entertainment

Netizen Minta Shahir Bayar Hutang RM4,000 Sebelum Kahwin?


Umum mengetahui, penyanyi Shahir Zawawi bakal menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan hatinya, Jaskin Jaludin pada 2 September, Jumaat ini.

Semakin menghampiri hari pernikahan, Shahir terpalit kontroversi apabila didakwa gagal menjelaskan hutang.

BACA: Shahir Nikah 2 September Ini 

Difahamkan, seorang netizen meninggalkan komen pada perkongsian Harian Metro di Facebook mengenai berita Shahir yang bakal melangsungkan pernikahan.

Individu bernama Rizam Mahyuza Mosrit itu mendakwa Shahir berhutang sebanyak RM4,000.

Difahamkan, individu yang juga pekerja industri hiburan itu mendakwa mengalami kerugian ekoran wang pembayaran tugas dalam sebuah acara gagal dilunaskan penyanyi tersebut.

“Bayar hutang dulu baru nikah. Aku yang hidup ni pun dia buat senyap sahaja. AF Megastar aku rugi dekat RM4,000. Duit aku sendiri tu,” komen individu berkenaan.

Komen individu itu turut mendapat sokongan rakannya dikenali sebagai Poji Samad.

Memetik mStar Online, Shahir berkata dia tidak tahu menahu mengenai perkara itu dan perlu menyemak semula komen dibuat individu berkenaan.

“Saya tidak tahu tentang cerita tersebut. Sekarang ini sibuk menguruskan hal perkahwinan, jadi tak sempat nak ambil tahu.

“Saya kenalah semak dahulu apa yang diperkatakan sebab tidak tahu hujung pangkalnya,” katanya.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.