Entertainment

Netizen Menyampah Tengok Syatilla Melvin, Adik-Beradik Menari Terkinja-Kinja


Umum mengetahui, pelakon Syatilla Melvin kini sedang hamil anak ketiga. Meskipun sedang berbadan dua namun ia tidak menghalang Syatilla aktif mempromosikan produknya.

Malah, adik beradik pelakon Syatilla sememangnya dikenali ramai, maklumlah semuanya cantik-cantik belaka. Baru-baru ini, Syatilla dilihat ada memuat naik video menari bersama adik beradiknya.

BACA: Pernah Tiga Kali Keguguran, Syatilla Melvin Doa Bayi Dikandung Sihat

Bagaimanapun, video tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen serta menyifatkan aksi berkenaan terlalu over.

Kata netizen lagi, mereka sepatutnya menunjukkan contoh yang baik serta ada yang mendoakan agar anak dalam kandungan menjadi anak yang baik-baik kelakuannya.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan kurang sesuai buat ibu hamil membuat konten sedemikian serta kurang manis buat wanita bertudung.

Namun, ramai yang terhibur dengan gelagat Syatilla bersama adik beradiknya itu dan sudah faham dengan perangai pelakon itu sejak dahulu lagi.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.