Entertainment

Nelydia Senrose Sudah Berhijab?


Lama rasanya tak dengar cerita tentang Nelydia Senrose, malah jarang pula melihat pelakon itu muncul dalam drama mahupun filem.

Umum mengetahui, Nelydia baru sahaja mengerjakan ibadah umrah pada Disember tahun lalu. Bagaimanapun, baru-baru ini penampilan Nelydia menjadi perhatian ramai.

BACA: Nelydia Senrose Dikecam Pegang-Pegang Fattah Amin

Menjengah di Instagram peminatnya, banyak gambar-gambar Nelydia berhijab.  Malah, akaun @nelydiasenrose.fans turut memuat naik beberapa keping gambar dan video Nelydia berhijab sejak Januari lalu.

Rata-rata peminatnya senang melihat penampilan Nelydia serta memuji pelakon itu kelihatan manis jelita apabila berhijab. Malah, ramai peminat mendoakan agar pelakon itu kekal istiqamah.

Bagaimanapun, ada yang mengatakan mungkin Nelydia bertudung kerana balik ke Kelantan. Setakat in masih tiada pengesahan daripada Nelydia berkenaan perkara itu.

Hasil tinjauan di Instagram Nelydia mendapati kali terakhir pelakon itu memuat naik posting adalah pada 31 Disember 2021 ketika berada di Mekah.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.