Entertainment

Nak ‘Update’ Resume Tapi Sijil Peperiksaan Dah Hilang? Ikuti Saja Langkah Mudah Ini!


Sudah lama meninggalkan alam persekolahan, pastinya sijil-sijil rasmi peperiksaan penting entah ke mana kan?

Buat mereka yang ingin mengemaskini ‘resume’ untuk memohon pekerjaan, kebiasaannya majikan akan meminta sijil-sijil berkaitan seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dan kebiasaannya kalau sudah hilang, kita perlu memohon kembali di pejabat kerajaan yang pastinya, akan mengambil masa yang lama.

Tapi adakah anda tahu, sebenarnya sijil peperiksaan boleh dimohon secara atas talian tanpa perlu beratur secara fizikal di mana ia lebih menjimatkan tenaga dan masa.

Ini adalah langkah-langkah untuk memohon kembali sijil peperiksaan anda secara atas talian.

1. Kunjungi Laman Web https://elp.moe.gov.my/

Print sijil peperiksaan

2. Daftar menggunakan emel untuk menerima sijil kelak.

3. Daftar masuk dan klik di ‘Salinan Keputusan’.

cara print slip peperiksaan

4. Di bahagian ‘Salinan Keputusan’, tekan simbol ‘+’

print slip periksa

5. Pilih keputusan peperiksaan yang diingini.

6. Pilih untuk ambil sendiri atau melalui penghantaran.

print slip periksa

Caj dikenakan ke atas servis ini turut termasuk dengan kos penghantaran.

Selamat mencuba!

solo travel


21 jam lalu

Kurang Yakin Nak Mengembara Solo? Ini Senarai Tips Yang Berguna Buat ‘Beginner’!





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.