Entertainment

“Nak Beli Baju, Kuih Raya Pun Kena Kira-Kira Tapi Dia Tetap Setia”


Berkongsikan kenangan manis ketika menyambut Aidilfitri bersama isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah, hati pelawak Shuib Sepahtu terusik apatah lagi Ramadan dan Syawal tahun ini cukup berbeza buat dirnya.

Mengalirkan air mata ketika berkongsikan momen tersebut, Shuib berkata antara kenangan paling diingati apabila dia bersama aarwah melalui fasa susah satu ketika dahulu.

BACA: “Saya Tertonggeng Di Rumah, Tahan Menangis Depan Anak, Netizen Tak Tolong”

“Saya pernah susah tetapi arwah tetap bersama dengan saya. Kami pernah berdepan dengan keadaan ekonomi yang tak berapa baik tapi arwah tak kisah.

“Pada ketika itu, saya tak banyak duit. Nak beli baju dan kuih raya pun kena buat kira-kira dulu. Tapi dia tetap setia di sisi saat harungi fasa tersebut. Momen itulah yang masih saya ingat hingga ke hari ini dan akan kenang sampai bila-bila,” katanya kepada URTV.

Dalam pada itu, Shuib berkata sejak pemergian isterinya pada Ogos tahun lalu, berat badannya susut mendadak kerana hilang selera makan apatah lagi terkenang air tangan bidadarinya itu.

“Saya tak sakit, cuma tiada selera makan sangat. Ramai yang tegur berat badan saya semakin susut dan kurus. Saya suka makan pajeri nanas air tangan arwah isteri. Selama 10 tahun kami berkahwin, itulah makanan yang tak pernah jemu dia masak untuk saya.

“Selepas arwah meninggal dunia, saya mengemas peti sejuk dan terjumpa pajeri nanas masakannya. Air mata saya mengalir kerana terlalu sebak.

“Bila bulan Ramadan, pajeri nanas lah yang saya cari dulu tapi sehingga ke saat ini, saya masih tak jumpa makanan yang boleh naikkan selera saya,” katanya.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.